SERUAN MUSLIM UYGHUR KEPADA UMAT ISLAM DI BULAN RAMADAN

 


muat naik e-book disini

E-BUKU TERBAHARU PERCUMA
SERUAN MUSLIM UYGHUR KEPADA UMAT ISLAM DI BULAN RAMADAN
Oleh: Abdulhakim Idris
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

Sudah hampir berlalu sebulan Ramadan, umat Islam seluruh dunia melaksanakan ibadah di bulan mulia ini, dan berlumba-lumba melakukan terbaik untuk mengejar ganjaran yang tersedia di bulan barakah ini. Namun demikian, di suatu sudut di atas muka bumi ini, ada suatu bangsa yang dinafikan pelbagai hak dalam kehidupan mereka, iaitu bangsa Uyghur yang sedang menjadi sasaran genosid oleh pemerintah China.

E-buku kali ini adalah terjemahan suatu warkah dari pimpinan Uyghur, buat kaum Muslimin bersempena bulan Ramadan yang mulia ini. Warkah yang meruntun jiwa ini adalah lahir dari hatinya yang berasal dari Hotan, Turkistan Timur yang diduduki oleh pemerintah China. Beliau kini sudah lebih 30 tahun hidup di diaspora, giat melakukan advokasi kesedaran agar seluruh dunia mengenali tentang siapakah sebenarnya Uyghur ini, dan di manakah terletak negerinya, dan apakah yang sedang menimpa bangsanya.

Warkah ini perlu dibaca lanjut bagi menghayati apa yang menimpa kaum Uyghur di wilayah Turkistan Timur yang telah dan sedang diduduki oleh suatu kuasa besar dunia. 

E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma, dan boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara yang lain, supaya kita bersama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati! 

Post a Comment

0 Comments