KERINDUAN UNTUK MENATAP WAJAH NABI ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM

 

Klik Link Diatas Untuk Download E-Book


KERINDUAN UNTUK MENATAP WAJAH NABI ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM
Oleh: Shaykh ‘Abd Al-Razzāq al-Badr
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

E-Buku percuma untuk sebaran.

Baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Demi Dia, yang nyawaku berada di dalam tangan-Nya; tidaklah beriman seseorang daripada kalian (dengan iman yang sempurna), hinggalah daku ini lebih dicintainya, berbanding ibu bapanya, anak-anaknya, dan seluruh manusia.” (H.R. al-Bukhārī & Muslim). Di dalam hadis riwayat al-Bukhārī, “Hingga daku ini lebih dicintaimu berbanding dirimu sendiri.”

Baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam juga bersabda, “Daripada kalangan umatku ini, yang paling mencintaiku ialah satu kelompok manusia yang hidup selepasku (yakni selepas kewafatanku), mereka suka sekali kiranya dapat melihatku dengan (menggadaikan) segala keluarganya dan hartanya.”

Terlalu banyak cara bagi tujuan mengingati yang dicintai, menghadirkan yang dicintai dalam hati, menambah cinta dan kerinduan dalam hati. Terdapat beberapa golongan dalam mencintai dan merindui Nabi, iaitu yang bersifat ghuluw (melampau-lampau), jafā’ (terlalu memandang rendah dan ringan), tidak juga dengan ifrāṭ (melampau-lampau) mahupun tafrīṭ (terlalu memandang rendah dan ringan). Bahkan, hendaklah dia – di dalam isu (mencintai baginda) ini – menjadi manusia yang qawām (lurus), adil, nan wasatī.

Karya ini, shaykh ‘Abd Al-Razzāq al-Badr menumpukan kepada sifat al-jafā’, yakni terlalu memandang rendah dan ringan dalam mencintai dan merindui Nabi. Terdapat beberapa fenomena dan gambaran al-jafā’ yang disyarahkan oleh Shaykh, yang amat bermanfaat untuk kita renungi dan fahami agar kita tidak termasuk dari golongan orang yang memandang ringan dan memandang rendah akan Nabi, yang kita rindui dan cintai.

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.

Moga-moga Allah diri kita sentiasa berada dalam keadaan cintakan Nabi dan sentiasa rindu untuk menatap wajah Nabi, dan bercita-cita untuk bersama dengan Nabi di Syurga. Amin. 



Post a Comment

0 Comments