EMPAT (4) E-BUKU TERBAHARU PERCUMA SIRI PENCERAHAN TENTANG UYGHUR DAN TURKISTAN TIMUR


 


EMPAT (4) E-BUKU TERBAHARU PERCUMA
SIRI PENCERAHAN TENTANG UYGHUR DAN TURKISTAN TIMUR
Disediakan Oleh: Pusat Kajian Uyghur & ABIM
Kami ucapkan rasa syukur ke hadrat Allah subḥānahu wa ta‘ālā kerana mempermudahkan jalan kepada terbitnya 4 judul ini yang merupakan sebahagian daripada siri Korpus Turkistan Timur. Judul ini adalah terjemahan daripada judul asal dalam bahasa Inggeris iaitu “East Turkistan & The Uyghurs” hasil kajian dan susunan Pusat Kajian Uyghur yang berpusat di Amerika Syarikat. Karya asal ini akan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang dipecahkan judulnya kepada empat bahagian. Iaitu:
i) Kenali Uyghur dan Turkistan Timur: Sejarah Ringkas.
ii) Pencerobohan Parti Komunis China ke Atas Turkistan Timur: Sejarah Ringkas.
iii) Peperangan China Terhadap Islam: Projek Penghapusan Identiti Islam di Turkistan Timur; dan
iv) Tindakan Genosid Kerajaan China: Penghapusan Etnik dan Identiti Muslim Uyghur di Turkistan Timur.
Keempat-empat judul ini sangat penting bagi kami, dalam misi dan visi memberikan pencerahan kepada masyarakat tentang isu Uyghur melalui jalan ilmu. Tidak ramai yang mengenali bangsa ini, dan apa yang sedang dihadapi oleh mereka di tanah air mereka sendiri, Turkistan Timur, yang kini sedang berada di bawah jajahan negara China, dan digantikan dengan nama baru, iaitu Xinjiang, yang bermaksud “wilayah baharu.”
Disertakan di sini 4 e-buku terbaharu berkaitan dengan Uyghur dan Turkistan Timur, sebagai panduan untuk kita mengenali lebih dekat akan Uyghur ini dan negara asal usulnya Turkistan Timur.

1) Kenali Uyghur dan Turkistan Timur: Sejarah Ringkas


2) Pencerobohan Parti Komunis China ke Atas Turkistan Timur: Sejarah Ringkas

3) Peperangan China Terhadap Islam: Projek Penghapusan Identiti Islam di Turkistan Timur


4) Tindakan Genosid Kerajaan China: Penghapusan Etnik dan Identiti Muslim Uyghur di Turkistan Timur

Kesemua e-buku ini boleh dimuat turun melalui pautan yang turut disertakan sepertimana di atas.

Kesemua judul e-buku ini adalah percuma, dan boleh disebarkan kepada saudara mara, dan sahabat handai, agar lebih ramai mendapat manfaat daripadanya.
Selamat membaca dan menghayati!



Post a Comment

0 Comments