Mohammad Syafiq Ismail
HIKMAH PUASA
![]() |
Download E-Book Link Di Atas Ini |
HIKMAH PUASA
Oleh: Imām Ibn Qayyim al-Jawziyyah
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
E-Buku percuma untuk sebaran.
Kita sudah berada di hari-hari akhir Ramadan. Harap masih tidak terlambat untuk kami kongsikan satu e-buku yang ringkas, dan bermakna yang dikarang seorang alim yang tidak asing lagi dalam dunia keilmuwan Islam, iaitu Imām Ibn Qayyim al-Jawziyyah, yang kami judulkan ia sebagai Hikmah Puasa.
E-buku yang ringkas ini menampilkan sisi Imām Ibn Qayyim al-Jawziyyah sebagai seorang tabib yakni pakar perubatan. Hikmah puasa ini diambil dari Kitabnya yang terkenal iaitu Kitab al-Ṭibb al-Nabawī.
Konsep-konsep yang disebutkan di dalam kitab ini menggambarkan luasnya pengetahuan beliau dalam ilmu perubatan, untuk menganalisis hadis-hadis Nabi berkait dengan faedah puasa. Justeru, membuka ufuk pemikiran pembaca akan hikmah dan faedah yang terkandung dalam amalan puasa, dan menggerakkan hatinya untuk benar-benar mengamalkan dan menghayati puasa sebagai ibadah – yang manfaatnya kembali kepada duniawi dan ukhrawi seseorang itu.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.
Selamat membaca dan menghayati! Dan selamat meningkatkan amal ibadah kita pada baki Ramadan. Moga-moga amal dan ibadah kita diterima Allah.

Post a Comment
0 Comments