30 PROJEK RAMADAN

 

Klik Link Diatas Untuk Memuat Naik E-Book


30 PROJEK RAMADAN
Oleh: Dr. ‘Ādil al-Shiddī & Dr. Aḥmad al-Mazyad
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

E-Buku percuma untuk sebaran.

Ramadan adalah bulan yang penuh dengan fadilat dan kemuliaan. Justeru, Umat Islam seluruh dunia berlumba-lumba untuk membuat kebajikan pada bulan ini.

Apakah projek kebajikan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ini? Kami persembahkan e-buku yang berjudul 30 Projek Ramadan, karangan dua orang ulama kontemporari sebagai panduan praktikal buat kita semua. Panduan ini mampu dilakukan dan dipraktikkan oleh sesiapa sahaja, dari kalangan setiap daripada kita kaum muslimin, untuk kita meraih ganjaran kebaikan bersempa bulan Ramadan yang mulia ini.

30 Projek Ramadan ini dapat memberi pilihan kepada kita, sekiranya tidak dapat dilakukan semua sekurang2nya kita dapat melakukan sebahagian. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang memberikan banyak pilihan dan kesempatan buat kita menabur benih pahala pada bulan ini, yang hasilnya bukan setakat dua kali ganda, bahkan berkali-kali ganda, sempena bulan Ramadan al-Mubarak.

E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma agar kita sama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta merenunginya, serta mengamalkannya.

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.

Selamat membaca dan beramal! 



Post a Comment

0 Comments