FALSAFAH PUASA





E-BUKU TERBAHARU PERCUMA
FALSAFAH PUASA
Oleh: Shaykh Muḥammad al-Ghazālī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

Bulan Ramaḍān adalah bulan yang disyariatkan untuk kita berpuasa. Pada amalan puasa terdapat pelbagai faedah jasmani dan rohani pada diri manusia. Karya ini akan membincangkan tentang falsafah puasa, yang dikarang seorang tokoh yang sangat tidak asing dalam dunia keilmuan islam, iaitulah Shaykh Muḥammad al-Ghazālī (w. 1416H-1996M) raḥimahullāh.

Shaykh Muḥammad al-Ghazālī adalah seorang tokoh pemikir Islam yang prolifik. Karya ini adalah terjemahan dari makalahnya, Falsafah al-Ṣawm yang dipetik daripada himpunan karyanya, Min Maqālat al-Shaykh al-Ghazālī

E-buku ini akan memberikan penjelasan tentang falsafah puasa hasil renungan beliau. Sesungguhnya ibadah puasa bukan hanya sekadar berlapar dan berhaus semata-mata, bahkan lebih daripada itu.

E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma, dan boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara yang lain, supaya kita bersama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati!

Post a Comment

0 Comments