SOAL JAWAB BERKAITAN ZAKAT FITRAH

 






E-BUKU TERBAHARU PERCUMA
SOAL JAWAB BERKAITAN ZAKAT FITRAH
Oleh: Muhammad Furqan Abdullah

Bulan Ramaḍān adalah bulan yang sangat sinonim dengan kewajipan zakat fitrah, yang mana zakat ini menjadi kewajipan ke atas setiap individu. Ia tentunya mempunyai maqasid pensyariatannya, yang membawa kebaikan dalam aspek individu mahupun aspek sosial.

Namun demikian, banyak persoalan timbul berkisar zakat fitrah ini. E-buku ini akan menjawab beberapa persoalan yang timbul dan cuba dirungkai secara ringkas dengan meraikan konteks semasa, tempat dan juga fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh badan berautoriti. Antaranya ialah berkaitan persoalan waktu penunaian zakat fitrah, kaedah penunaian zakat fitrah dengan nilaian harga bukan makanan ruji, golongan yang wajib dan tidak wajib menunaikan zakat fitrah, sasaran agihan atau asnaf zakat fitrah, tempat penunaian zakat fitrah sama ada tempat bekerja atau tempat tinggal dan seumpamanya.

Persoalan dalam karya ini dijawab oleh seorang ahli dalam bidang zakat iaitu Ustaz Muhammad Furqan Abdullah. Beliau adalah seorang yang memang berkecimpung di dalam bidang ini sebagai pegawai zakat.

E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma, dan boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara yang lain, supaya kita bersama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati!

Post a Comment

0 Comments