KITAB PUASA DAN IKTIKAF

 


E-BUKU TERBAHARU PERCUMA
KITAB PUASA DAN IKTIKAF
Oleh: Al-Qāḍī Abū Shujā‘ al-Aṣfahānī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

Menyambut bulan Ramaḍān, bulan yang mulia dan mengandungi 1001 rahmat dan hikmat ini, seeloknya diiringi dengan pengetahuan yang memadai berkenaannya. Terdapat banyak kitab yang dikarang para ulama yang memperjelaskan hukum-hakam berkaitannya, bertujuan membantu kaum muslimin dalam melaksanakan ibadah berpuasa ini, yang merupakan salah satu rukun dari rukun Islam.

Justeru, kami menerbitkan e-buku terbaharu, edisi kali ini adalah tulisan ulama yang tidak asing lagi di negara kita, iaitu al-Qāḍī Abū Shujā‘ al-Aṣfahānī (w.593H) raḥimahullāh, pengarang kitab al-Ghāyah wa al-Taqrīb, kitab yang lebih dikenali dengan nama penulisnya Matan Abī Shujā‘.

E-buku ini adalah memberi fokus kepada Kitab Puasa dan Iktikaf (Kitāb al-Ṣawm dan al-Iktikāf), yang dipetik dari kitab beliau Matan Abī Shujā‘. Ia boleh dibaca oleh sesiapa sahaja, dan boleh juga dimanfatkan oleh para asatizah untuk mensyarahkannya bersempena bulan Ramadan ini.

E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma, dan boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara yang lain, supaya kita bersama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati!



Post a Comment

0 Comments