MENGISLAHKAN KEBEJATAN POLITIK: KEWAJIBAN SHAR‘Ī

 

E-BUKU TERBAHARU PERCUMA
MENGISLAHKAN KEBEJATAN POLITIK: KEWAJIBAN SHAR‘Ī
Oleh: IMĀM YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ

Pengumuman pembubaran parlimen menandakan mod masuk ke gelanggang sudah bermula. Kini tiba masa untuk kita memilih kepimpinan baru yang akan mengemudi negara.

Semua kita mempunyai kewajiban untuk terlibat di dalam proses pemilihan kepimpinan negara, walaupun hanya untuk mengundi. Seperti fatwa al-Qaraḍāwī: Tidak menyuarakan kesaksian di dalam pilihanraya (yakni tidak keluar mengundi) merupakan kemungkaran yang amat teruk kerana termasuk daripada menyembunyikan kesaksian (yang wajib dinyatakan pada waktunya).

E-buku ini adalah terjemahan fatwa Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī dengan judul asalnya “Iṣlāḥ al-Fasād al-Siyāsī Wājibun Shar‘iyyun” yang dijudulkan sebagai “Mengislahkan kebejatan Politik: kewajiban shar‘ī.”

Memperbetukan kemungkaran adalah kewajiban. Seperti kata al-Qaraḍāwī, kemungkaran yang dimaksudkan di sini tidak terhad pada zina, minum arak, dan yang seumpamanya. Pemimpin yang menghina kemuliaan rakyat adalah merupakan kemungkaran yang amat teruk. Mencuri harta orang awam merupakan kemungkaran yang amat teruk. Memonopoli produk yang diperlukan orang ramai untuk kepentingan individu atau kelompok tertentu merupakan kemungkaran yang amat teruk. Menahan orang yang tak bersalah dan tak pernah dihadapkan ke muka pengadilan yang saksama merupakan kemungkaran yang amat teruk. Menyeksa tahanan (yang tak bersalah) di dalam penjara dan lokap merupakan kemungkaran yang amat teruk. Memberi rasuah, menerimanya, dan menjadi perantara (transaksi rasuah itu) merupakan kemungkaran yang amat teruk. Membodek pemimpin dengan cara batil, mengipas mereka dan menyokong musuh Allāh serta musuh umat daripada orang kafir merupakan kemungkaran yang amat teruk.

Karya yang bermanfaat ini perlu dikongsikan dan disebarkan, agar lebih ramai mendapat manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati! 

Post a Comment

0 Comments