HAKIKAT CINTA KEPADA RASŪLULLĀH

 

E-BUKU TERBAHARU PERCUMA
HAKIKAT CINTA KEPADA RASŪLULLĀH
Oleh: QĀḌĪ ‘IYĀḌ

Hakikat cinta kepada Rasulullah ini adalah terjemahan kepada satu fasal fī Ma‘nā al-Maḥabbah li al-Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam wa Ḥaqīqatihā daripada kitab yang terkenal, al-Shifā’ bi Ta‘rīf Ḥuqūq al-Muṣtafā ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam karangan seorang ‘alim yang terkenal, iaitu Qāḍī ‘Iyāḍ.

Karya ini bertujuan untuk mengingatkan semula tentang hakikat dan makna sebenar mencintai Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam. Mencintai baginda bukanlah dengan bermuka-muka dengan pakaian atau imej zahir, tetapi yang lebih utama ialah seperti yang dibahaskan Qāḍī ‘Iyāḍ dalam karyanya ini, memetik tafsiran Sufyān, salah seorang salafussoleh, akan cinta kepada Allāh dan Rasūlnya: “Cinta (kepada Rasūl-Nya) itu ialah dengan mengikuti Rasūl ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.”

Karya yang bermakna ini sesuai dihayati bersempena hari mawlid nabi yang kita semua sedang raikannya pada hari ini. Karya ini boleh dimuatturun melalui pautan di bawah:

https://drive.google.com/.../1rvQLriMS1o1I0Muzks9.../view...

Bersempena bulan mawlid nabawi ini, kami turut mencadangkan agar membaca dan menghayati beberapa judul e-buku yang lain yang telah diterbitkan sebelum ini, yang boleh dimuatturun secara percuma seperti berikut.

1) Maqasid Selawat, Al-Ḥāfiẓ Shamsuddīn Muḥammad bin ‘Abd al-Raḥman al-Sakhāwī
https://drive.google.com/.../1q8Fw7mEHe8FenWBMDUf.../view...

2) Duhai Rasūlullāh, karangan Shaykh ‘Alī al-Ṭanṭāwī
https://drive.google.com/.../1zUFedflGlx.../view...

3) Kembali Kepada Muḥammad, karangan Ibn Bādīs raḥimahullāh
https://drive.google.com/.../1dtjZJdIyXiNuHvjBCtQ.../view...

4) Kerinduan untuk menatap wajah Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, Shaykh ‘Abd al-Razzāq al-Badr
https://drive.google.com/.../19X8Jsg0xbwzI9ek58yv.../view...

Karangan-karangan ini amat bermanfaat untuk diri kita, dalam memberikan suntikan semangat dan penghayatan yang lebih mendalam. Banyak cara menzahirkan kecintaan kita kepada baginda, dari seringan-ringan amalan, yakni berselawat kepada baginda, sehinggalah kepada mengenang kehidupan baginda, yang berjasa, yang diutuskan Allah untuk mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya, dan menjadikan kita sebaik-baik umat yang dikeluarkan buat manusia. Bagindalah Rasul pembawa rahmat, dan rahmat itu tersebar ke seluruh alam. Seterusnya, karangan ini juga mengajak kita bersama-sama bermuhasabah akan keadaan diri kita dan umat ini selepas 1400 tahun kelahiran baginda.

Selamat membaca dan menghayati!

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti 

Post a Comment

0 Comments