EMPAT (4) JUDUL E-BUKU TERBAHARU KENALI UYGHUR DAN TURKISTAN TIMUR




EMPAT (4) JUDUL E-BUKU TERBAHARU
KENALI UYGHUR DAN TURKISTAN TIMUR
Ketikamana dunia mengetahui situasi umat Palestin, Rohingya, Kashmiri, tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang situasi satu bangsa besar yang bernama Uyghur, dan negara mereka Turkistan Timur. Kini Turkistan Timur berada di bawah jajahan negara China, dan digantikan dengan nama baru, iaitu Xinjiang, yang bermaksud “wilayah baharu.”
Uyghur adalah salah satu daripada bangsa Turki tertua yang mempunyai sejarah yang panjang dan hebat serta tamadun yang gilang gemilang. Bangsa ini antara bangsa terawal menerima Islam, dan terlalu banyak sumbangannya terhadap Islam dan ketamadunan Islam. Nasib Uyghur ini agak malang, apabila mereka dijajah oleh China, dan nama Uyghur ini semakin luput dari sebutan dan ingatan kaum muslimin kini, dan negaranya Turkistan Timur telah pun lenyap dari peta dunia.
Disertakan di sini 4 e-buku terbaharu berkaitan dengan Uyghur dan Turkistan Timur, sebagai panduan untuk kita mengenali lebih dekat akan Uyghur ini dan negara asal usulnya Turkistan Timur.

1) Kenali Uyghur dan Turkistan Timur: Sejarah Ringkas
https://drive.google.com/file/d/1ZOD1NLzs3OKvd4HSDHWVtC37WHu2UAbq/view?fbclid=IwAR0ru-mqDkmVcEC0Yk1uZWauPeUwUPQlPLllsJs0FT10_IHC78ulDFGFtUw

2) Pelan Tindakan Undang-undang Untuk Membantu Turkistan Timur
https://drive.google.com/file/d/1v6NFqIfWO24rcjfOb42Hp2CDahfcNSmL/view?fbclid=IwAR0h8NT2_B85RNhZBc5dNwksmGP_25c_RWhUuDbDFlKiaU7nuXRYx4rtCSg

3) Cadangan-cadangan kepada Pihak Media Untuk Membantu Turkistan Timur
https://drive.google.com/file/d/1496zVI4x56RqVX0SAnKCgwokLT5KewuU/view?fbclid=IwAR3uIIYATueKnKx22mBb3gIcsI8wN2MqpW-xgMs4JduElJtuzKpdsjsOj3I

4) Isu Turkistan Timur dan Peranan Media
https://drive.google.com/file/d/19WmCiQsI3tymHVbQjTUB441b6_fjPjgm/view?fbclid=IwAR1dp9Y0eeYJiQNwPDaaA_jTnOTG9mPjuSexc_mIKky7K-FhQhYz1UdXa64

Kesemua e-buku ini boleh dimuat turun melalui pautan yang turut disertakan sepertimana di atas.
Kesemua judul e-buku ini adalah percuma, dan boleh disebarkan kepada saudara mara, dan sahabat handai, agar lebih ramai mendapat manfaat daripadanya.
Selamat membaca dan menghayati!

Post a Comment

0 Comments