EDISI KHAS MENGENANG AL-‘ALLĀMAH SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ (SIRI 5)


E-BUKU PERCUMA
EDISI KHAS MENGENANG AL-‘ALLĀMAH SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ (SIRI 5)

Shaykh Ḥasan al-Turābī ketika memberikan gambaran tentang Shaykh Dr. Yūsuf al-Qaraḍāwī, beliau mengatakan bahawa Dr. Yūsuf al-Qaraḍāwī pada masa kini mempersembahkan suatu tauladan yang baik dalam menjelaskan kepada manusia akan makna sebenar bagi istilah ‘ālim atau ilmuwan sepertimana yang difahami oleh Sunnah Islam yang terawal dan sejarahnya silamnya yang penuh dengan pedoman.

Beliau mengatakan demikian di dalam karya penghargaannya berjudul al-‘Ālim Dr. Yūsuf al-Qaraḍāwī. Shaykh Ḥasan al-Turābī bukanlah asing dalam dunia gerakan islam dan dunia keilmuan islam. Beliau adalah merupakan seorang ilmuwan dan tokoh gerakan Islam yang berpengaruh dari Sudan, dan merupakan salah seorang tokoh yang juga luar biasa.

Melalui tulisan Shaykh Ḥasan al-Turābī ini, kita dapat lihat betapa beliau menghargai dan mengiktiraf al-Qaraḍāwī sebagai seorang ulama yang ulung, dan mempunyai kedudukan istimewa di sisinya. Begitulah di kalangan para ilmuwan, mereka saling menghormati atas landasan keilmuan.

Kini kedua-dua tokoh ini telah pergi meninggalkan kita. Shaykh Ḥasan al-Turābī yang telah lebih dulu meninggal pada tahun 2016, dan Shaykh al-Qaraḍāwī pada tahun 2022. Semoga Allāh ta‘ālā menempatkan kedua-dua ulama ini di tempat yang tinggi di sisi-Nya.

Selamat membaca! 

Post a Comment

0 Comments