EDISI KHAS MENGENANG AL-‘ALLĀMAH SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ (SIRI 4)

 

Muat Naik Disini


E-BUKU PERCUMA
EDISI KHAS MENGENANG AL-‘ALLĀMAH SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ (SIRI 4)

Imām Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī raḥimahullāh telah mendapat penghargaan yang banyak dari para ulama yang seangkatan dengannya, dan juga ada di antaranya yang jauh lebih besar dan lebih tua daripada umurnya. Antaranya adalah seorang ulama besar yang bernama, Mawlānā Abū al-Ḥasan ‘Alī al-Ḥasanī al-Nadwī.

Mawlānā Abū al-Ḥasan ‘Alī al-Ḥasanī al-Nadwī adalah seorang tokoh yang luar biasa, yang pernah menggegarkan dunia Arab dan Islam suatu ketika dahulu melalui karyanya yang terkenal “Mādhā khasira al-‘ālam binḥiṭāṭ al-Muslimīn.” Beliau pernah menulis penghargaannya kepada al-Qaraḍāwī melalui tulisannya yang berjudul al-Qaraḍāwī: Min Kibār al-‘Ulamā’ wa al-Murabbīn.

Al-Nadwī, walaupun umurnya lebih tua berbanding al-Qaraḍāwī, dan beliau juga adalah ulama besar, tetapi melalui tulisannya ini, kita dapat lihat betapa beliau menghargai dan mengiktiraf al-Qaraḍāwī sebagai seorang ulama yang ulung, dan mempunyai kedudukan hebat di sisinya, yang diseganinya, dihormatinya dan dikasihinya, bahkan mereka saling hormat-menghormati dan saling kasih mengasihi di antara satu sama lain.

Perhubungan di antara dua ulama besar ini saling dicemburui. Begitulah bagi ulama yang sejati dan hakiki, mereka saling mengasihi dan menghormati atas landasan keilmuan dan atas nama kebenaran.

Kini kedua-dua ulama besar ini telah pergi meninggalkan kita, dan kedua-duanya meninggalkan legasi ilmu yang cukup besar untuk generasi kita hari ini mendapatkan manfaat daripadanya. Semoga Allāh ta‘ālā menempatkan kedua-dua ulama ini di tempat yang tinggi di sisi-Nya.

Buat para pembaca sekalian, semoga beroleh manfaat yang besar daripada karya ini.

Selamat membaca dan menghayati! 

Post a Comment

0 Comments