EDISI KHAS MENGENANG AL-‘ALLĀMAH SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ (SIRI 3




E-BUKU PERCUMA
EDISI KHAS MENGENANG AL-‘ALLĀMAH SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ (SIRI 3)

Edisi e-buku kali ini adalah khidmat kami menterjemahkan wasiat terakhir Imām Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī raḥimahullāh ta‘ālā.

Wasiat al-Imām yang diterjemahkan ini dititipkan beliau di dalam mukadimah antologi himpunan karya-karya beliau yang lengkap, disusun khas buat para ulama dan pendakwah umat ini agar meneruskan dakwah di atas nama Islam, atas jalan kebenaran dan keadilan, atas nama wasatiyyah dan kesederhanaan, atas nama persaudaraan Islam. Wasiat ini juga kemudiannya telah disebarluaskan dalam edisi asalnya berbahasa Arab di laman rasmi beliau, begitu juga FB rasmi beliau sesudah kewafatannya.

Wasiat ini dalam keringkasannya menghimpunkan kaedah-kaedah yang wajar dipegang dan dihayati oleh setiap ulama, pendakwah, hatta ṭālib al-‘ilm di seluruh dunia yang satu masa nanti akan menjadi ulama yang memimpin umat daripada kegelapan jahiliyah kepada nur Islam.

Beliau menekankan prinsip walā’, bahawa walā’ seorang muslim hanyalah kepada Allāh dan Islam. Hal ini sekiranya direnungkan akan menjadikan seseorang muslim itu tidak goyah pendirian, dan akan setia selama-lamanya dengan mana-mana agenda demi umat Islam. Walā’ ini umpama kompas yang memandu pendirian seorang muslim.

Sesungguhnya wasiat ini penting untuk kita hayati bersama, baik kita sebagai ulama, pendakwah, bahkan Shaykh tujukan juga kepada seluruh umat Islam. Walau siapapun kita akhirnya kita hendaklah berusaha untuk mengembalikan semula Islam sebagai panduan utama kehidupan manusia, dan berusaha untuk mengubah masyarakat kepada menghayati ajaran Islam.

E-buku ini boleh dikongsikan kepada seramai mungkin kenalan dan keluarga kita. Moga kita semua beroleh manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati! 

Post a Comment

0 Comments