EDISI KHAS MENGENANG AL-‘ALLĀMAH SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ

 



E-BUKU PERCUMA
EDISI KHAS MENGENANG AL-‘ALLĀMAH SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ

Sesungguhnya hati-hati kita amat merasai kesedihan mendengar berita kembalinya ke rahmatullah seorang ‘alim dan faqih kesayangan umat ini iaitu Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī pada petang 26.9.2022, di Qatar pada usianya mencecah 96 tahun.

Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī sangatlah tidak asing bagi kita semua. Beliau adalah ulama besar rujukan umat. Ratusan karya peninggalan beliau adalah merupakan kemuliaan Allāh yang dikurniakan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan berapa juta manusia yang dapat mengambil manfaat daripada ilmunya, yang merupakan kebaikan yang kekal, yang berpahala. Telah banyak juga karya-karya beliau yang telah kami terjemahkan di dalam bahasa Melayu buat manfaat umat di Nusantara ini. Tetapi, buat edisi kali ini, kami menterjemahkan karya yang dikarang oleh ulama besar yang lain yang menceritakan dan menggambarkan kehebatan kedudukan seorang ulama besar kesayangan umat ini.

Karya ini, kami judulkan sebagai "Faqīh dan Murshid Kami: al-‘Allāmah Yūsuf al-Qaraḍāwī," yang merupakan buah tangan Shaykh ‘Abd al-Fattāḥ Abū Ghuddah, seorang alim dan pakar hadis yang masyhur yang telah lebih dahulu meninggalkan kita semua. Karya ini adalah penghargaan beliau terhadap rakan seperjuangannya, Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī.

Karya ini istimewa, kerana ia bukan dikarang orang biasa, tetapi dari pena ulama juga. Demikianlah para ilmuwan Islam yang hakiki yang saling mengasihi dan menghormati atas nama kebenaran.

Kita semua amat merasai kehilangan Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī. Moga-moga Allāh ta‘ālā memberi tempat dan ganjaran yang teristimewa buat ruhnya.


Post a Comment

0 Comments