EDISI KHAS MENGENANG AL-‘ALLĀMAH SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ (SIRI 2)

 

Muat Naik Buku Di Sini


E-BUKU PERCUMA
EDISI KHAS MENGENANG AL-‘ALLĀMAH SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ (SIRI 2)

Pengiktirafan terhadap Shaykh al-Qaraḍāwī adalah istimewa kerana kehebatannya bukan digambarkan oleh orang-orang awam, bahkan diperakui oleh para ulama. Jika semalam kita membaca tentang Qaraḍāwī dari pena seorang alim dan pakar hadis yang masyhur, iaitu Shaykh ‘Abd al-Fattāḥ Abū Ghuddah, edisi ini kita akan membaca pena seorang lagi ‘alim, iaitu Shaykh Mufti Muḥammad Taqī ‘Uthmānī, seorang ulama besar kelahiran Deoband India.

Shaykh Mufti Muḥammad Taqī ‘Uthmānī bukanlah seorang yang asing dalam dunia keilmuwan Islam. Beliau adalah salah seorang tokoh yang berpengaruh di dunia, seorang shaykh, seorang yang ‘alim, pakar dalam bidang hadis, fiqh, serta ekonomi Islam. Beliau adalah salah seorang mufti di Pakistan, dan pernah menduduki posisi penting di dalam pelbagai institusi di Pakistan dan juga di dunia Islam. Beliau pernah juga menjadi hakim Mahkamah Agung Pakistan, yang mana penghakiman beliau tentang Riba pernah menggegarkan dunia suatu ketika dahulu.

Karya ini, adalah penghargaan beliau terhadap seorang ulama kesayangan ramai yang baru sahaja pergi meninggalkan kita, yang asalnya dikarang beliau sempena ulangtahun kelahiran Shaykh al-Qaraḍāwī yang ke-70 tahun. Karya ini adalah dari pena seorang ulama, buat seorang ulama.

Demikianlah para ilmuwan Islam yang hakiki yang saling mengasihi dan menghormati atas nama kebenaran.
Selamat membaca! Dan sama-sama kita hayati!


Post a Comment

0 Comments