PUASA: HIKMAH DAN KEISTIMEWAANNYA

 

Klik Link Atas Untuk Download E-Book


E-BUKU TERBAHARU (PERCUMA UNTUK SEBARAN)
PUASA: HIKMAH DAN KEISTIMEWAANNYA
Oleh: Al-Ḥakīm al-Tirmidhī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

Sempena bulan Ramadan yang barakah ini, kami tambahkan lagi bahan bacaan untuk kita hayati, dengan mengambil barakah membaca turāth para ulama khusus berkenaan puasa, dengan harapan kita dapat menghayati puasa dengan cara yang lebih sempurna berbanding sebelumnya inshāAllāh ta‘ālā.

E-buku kali ini adalah karangan al-Ḥakīm al-Tirmidhī ini, terjemahan bagi sebuah bab kitabnya Ithbāt al-‘Ilal, dengan judul asal bab Dhikr ‘Illah al-Ṣawm, yang dijudulkan untuk edisi e-buku ini sebagai “Puasa: Hikmah dan Keistimewaannya.” Kitab ini merupakan antara karangan nafīs nan berharga, yang mengabadikan kesarjanaan al-Ḥakīm al-Tirmidhī ini. Bab ini merumuskan kefahaman al-Ḥakīm al-Tirmidhī berkenaan puasa dan bagaimana puasa berperanan mengurniakan keberkatan hidup kepada mukminin yang melaksanakannya dengan ikhlas.

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.
Selamat membaca dan menghayati!

Post a Comment

0 Comments