RISALAH KEPADA PARA ULAMA

 

klik link di atas untuk memuat naik e-book


RISALAH KEPADA PARA ULAMA
Oleh: Shaykh ‘Abdullāh Bin Ḥumayd
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

E-Buku percuma untuk sebaran.

Risalah Kepada Para Ulama ini adalah karangan Shaykh ‘Abdullāh Bin Ḥumayd, mantan Qadi di Riyadh, yang dilantik oleh Raja ‘Abd al-‘Azīz Āl Sa‘ūd. Beliau juga adalah mantan Ketua Majlis Mahkamah Tinggi Saudi, dan menjadi salah seorang anggota Hay’ah Kibār al-‘Ulamā’, ketua bagi Majma‘ Fiqhī atau International Islamic Fiqh Academy (IIFA), dan salah seorang pengasas Rābiṭah ‘Ālam Islāmī atau Muslim World League.

Risalah ini dikarang beliau yang ditujukan kepada para ulama, agar terus kekal berdakwah, dan tidak berputus asa berhadapan dengan rintangan dakwah. Beliau menyebut bahawa rasa putus asa itu kadangkala muncul dalam hati pendakwah kepada kebenaran, kerana kepayahan rintangan yang dialami dalam urusan dakwah ini. Namun demikian, beliau mengingatkan kepada para ulama dan pendakwah, untuk memperbaiki mindset, dan menganggap bahawa segala rintangan dalam dakwah ini merupakan satu perkara yang pasti dan tidak dapat dielak, ia menjadi sunnatullāh di dalam dakwah, sepertimana yang dihadapi oleh para Rasul terdahulu.

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.

Selamat membaca dan menghayati!

Post a Comment

0 Comments