DOSA BESAR MEMBUNUH DIRI

 

Klik Pautan Diatas Untuk E-Book


DOSA BESAR MEMBUNUH DIRI
Oleh: Imām al-Dhahabī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

E-Buku percuma untuk sebaran.

E-buku kali ini kami mempersembahkan karangan seorang ulama yang amat tidak asing di kalangan kita iaitu, Imām al-Dhahabī. Antara kitabnya yang terkenal adalah kitab al-Kabā’ir, yang disyarahkan di masjid-masjid, surau-surau serta kuliah-kuliah di seluruh negara, yang mana kitab ini menyenaraikan dosa-dosa besar yang perlu dihindari. E-buku kali ini adalah terjemahan salah satu bab dari kitab al-Kabā’ir beliau iaitu bab tentang dosa besar membunuh diri.

Musim pandemik ini, perangkaan statistik bunuh diri agak tinggi dan membimbangkan. Ada yang telah kehilangan kewarasannya sebelum bertindak membunuh diri, dan ada juga yang membunuh dirinya dalam keadaan sedar kerana tidak tahan dengan tekanan dan ujian lalu lalu membunuh diri sebagai jalan keluar. E-buku ini boleh jadi bacaan umum buat kita akan dosa membunuh diri, dan boleh juga kita perhatikan orang-orang sekeliling kita, dan memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk seperti bantuan material, mental dan emosi, agar tiada siapa lagi antara kita memilih membunuh dirinya sebagai jalan keluar daripada tekanan dan permasalahan.

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.

Selamat membaca dan menghayati!
Moga-moga Allah mengangkat ujian wabak ini, dan mengembalikan kehidupan kita seperti sediakala. Amin! 




Post a Comment

0 Comments