KUNCI DOA YANG MAKBUL: AL-ISM AL-A‘ẒAM

 


Klik Pautan Diatas Untuk Download E-Book


KUNCI DOA YANG MAKBUL: AL-ISM AL-A‘ẒAM
Oleh: Imām Jalāluddīn al-Suyūṭī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

E-Buku percuma untuk sebaran.

Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Dikau telah berdoa kepada Allāh, dengan nama-(Nya), yang, sekiranya seseorang meminta dengannya, pasti akan dikurniakan, dan, sekiranya seseorang berdoa dengannya, pasti dimakbulkan.” (H.R. Aḥmad)

E-buku kali ini adalah hadiah istimewa daripada kami untuk kita mengenali al-Ism al-A‘ẓam, ya’ni nama-nama Allah yang Maha Agung, yang mana kita boleh ungkapkannya dalam doa kita seharian, terutamanya di saat musibah yang berpanjangan menimpa kita pada hari ini.

Walaupun dilanda kesesakan kehidupan, kita masih punya Allāh tempat meminta tolong dan bergantung, Allah Yang Maha Kasih, Raja sekelian raja, Pemilik langit dan bumi. Imām al-Suyūṭī melalui karya terjemahan ini, dengan judul asalnya, al-Durr al-Munaẓẓam fī al-Ism al-A‘ẓam, memperkenalkan kita akan nama-nama Allah Yang Maha Agung, untuk kita bertawasul dengan-Nya kepada-Nya, memohon dan meminta, agar Allāh memberikan kesejahteraan buat kita, keluarga kita dan negara kita.

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.

Selamat membaca dan menghayati! Dan selamat beramal.
Dengan al-Ism al-A‘ẓam, kita meminta


Post a Comment

0 Comments