SELAMAT BERANGKAT, DUHAI RAMAḌĀN..

 

Klik Link Di Atas untuk Download E-Book





SELAMAT BERANGKAT, DUHAI RAMAḌĀN..
Oleh: Dr. Muḥammad ‘Abdullāh Dirāz
Penterjemah: Syah Nazrin

E-Buku percuma untuk sebaran.

Tetamu kehormat kita yang sangat kita muliakan, iaitu Ramaḍān, sudah sangat hampir untuk meninggalkan kita.. sangat hampir.. ia akan pergi jua.

Dr. Muḥammad ‘Abdullāh Dirāz, seperti biasa, karangan beliau tidak mengecewakan. E-buku kali ini yang kami judulkan sebagai “Selamat Berangkat, Duhai Ramadan” adalah karangan beliau mengajak kita untuk bermuhasabah diri menjelang pemergian bulan Ramaḍān.

Tidak lama lagi Ramaḍān akan berangkat pergi, kita akan mengucapkan selamat tinggal kepadanya dalam keadaan jiwa yang dipenuhi dengan rasa takut dan malu, gerun dan resah. Sejauh manakah kita telah berjaya menunaikan haknya? Sejauh manakah kita berjaya mencapai harapan dan cita-cita kita dahulu ketika tibanya tetamu kehormat ini? Bagaimanakah prestasi kita sepanjang tempoh kehadiran Ramaḍān? Apakah kita termasuk golongan yang berjaya atau masih terpedaya?

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.

Selamat membaca dan menghayati! Dan selamat meningkatkan amal ibadah kita pada baki Ramadhan. Kata Shaykh ‘Abdullāh Dirāz, Rebutlah peluang kesempatan yang masih tersisa dalam detik-detik Ramaḍān yang masih berbaki ini. Basuhlah hati kalian dengan tangisan istighfar. Panjatkanlah doa dengan penuh khusyuk dan kesungguhan kepada Allāh yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

Semoga Allah Ta’ala mengampun kita. Moga-moga amal dan ibadah kita diterima Allah.



Post a Comment

0 Comments