FIQH LAILATUL QADAR

 


Klik Link Diatas Untuk Download E-Book


FIQH LAILATUL QADAR
Oleh: Imām al-Nawawī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

E-Book percuma untuk sebaran.

Antara rezeki yang tidak dapat dilepaskan oleh umat ini adalah rezeki bertemu Ramadan, dan rezeki bertemu dengan 10 hari akhir Ramadan. Peluang ini adalah peluang belum tentu kita perolehinya lagi pada tahun-tahun mendatang. Di dalam 10 hari akhir Ramadan ada satu malam yang didambakan oleh pencintanya, iaitu Malam al-Qadar, yang merupakan malam terbaik, tidak ada yang lebih baik daripadanya dari malam-malam yang lain. Ia sahih berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Qadar.

Bersempena 10 hari akhir Ramadhan, kami kongsikan semula e-buku yang berjudul Fiqh Lailatul Qadar, khas buat renungan pendamba Malam al-Qadar. Ia dikarang oleh ulama yang tidak asing lagi iaitu Imām al-Nawawī, yang dipetik daripada Kitāb al-Ṣiyām, dalam al-Majmū‘ Sharḥ al-Muhadhdhab.

E-book ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.

Selamat membaca dan menghayati! Dan selamat meningkatkan amal ibadah kita pada baki Ramadhan. Moga-moga amal dan ibadah kita diterima Allah. 

Post a Comment

0 Comments