FIQH HARI RAYA

 

Klik Link Diatas Untuk E-Book

FIQH HARI RAYA
Oleh: Shaykh Aḥmad ‘Alwān ḥafiẓahullāh
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

E-Buku percuma untuk sebaran.

Selamat Menyambut 1 Syawal buat seluruh kaum Muslimin, baik yang berada di Malaysia, mahupun yang berada di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Sambutan hari raya kita pada kali ini, diraikan di sebalik kepayahan dan kesulitan akibat pandemik Covid-19 yang masih berleluasa dan mengganas. Walaupun demikian, hari raya adalah merupakan lambang kemenangan bagi umat Islam, yang perlu dizahirkan sebagai satu syariat.

E-buku ini kami usahakan agar kita menyambut Aidilfitri dengan penghayatan ilmu. Walaupun Hari Raya pada kali ini terlalu banyak kekangan untuk kita mengamalkan sambutan yang biasa kita amalkan ketika Aidilfitri, tetapi bukan bermakna tiada ruang untuk kita mengamalkan sunnah Aidilfitri dan menzahirkan syiar agama ini.

Menzahirkan hari kemenangan ini adalah sunnah. E-buku Fiqh Hari Raya ini menzahirkan kepada kita akan Sunnah hari raya yang boleh kita amalkan, bermula dari memperbaiki niat, dan mengikhlaskannya. Mandi, dan berhias juga sunnah. Menunaikan zakat fitrah. Takbir raya yang sudah kita mulakan pada malamnya, dan sebagainya.


E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.

Selamat membaca dan menghayati!
Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Dan Batin!

Taqabbalallahu minna wa minkum!


Post a Comment

0 Comments