Ramadhan
FALSAFAH LAILATUL QADAR
![]() |
Klik Link Atas Untuk Download E-Book |
FALSAFAH LAILATUL QADAR
Oleh: Dr. Muḥammad ‘Abdullāh Dirāz
Penterjemah: Syah Nazrin
E-Buku percuma untuk sebaran.
Syukur ke hadrat Allah atas peluang kita memasuki 10 hari akhir ramadan. Di dalamnya ada satu malam yang mulia yang dikenali sebagai Malam al-Qadar. Malam al-Qadar ini adalah malam yang kemuliaannya dan kelebihannya tiada tandingan.
Kelebihannya malam ini dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran, Surah al-Qadr, sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Kami kongsikan di sini e-buku yang dijudulkan sebagai Falsafah Lailatul Qadar, yang dikarang oleh seorang intelektual muslim terbaik abad ke-20, iaitu Shaykh Dr. Muḥammad ‘Abdullāh Dirāz.
Karangan ini adalah hasil tadabbur beliau dari perspektif yang jarang-jarang dibicarakan dan direnungkan. Karangan ini lebih menarik kerana diolah dalam format dialog antara seorang murid bersama murabbinya, menjadikan ia lebih mengesankan dan membekas di sanubari di samping menambah kefahaman di minda.
E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma agar kita sama-sama dapat membacanya serta menghayatinya. E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.
Selamat membaca dan menghayati! Semoga amal ibadah kita menjadi lebih baik pada 10 hari terakhir Ramadan ini.

Post a Comment
0 Comments