FALSAFAH HARI RAYA

 

Klik Link Diatas Untuk E-Book

FALSAFAH HARI RAYA
Oleh: Dr. Muḥammad ‘Abdullāh Dirāz
Penterjemah: Syah Nazrin

E-Buku percuma untuk sebaran.

Lembaran Ramaḍān akhirnya ditutup, dan kini kita telah memasuki 1 Syawal, hari kemenangan umat Islam, hari kegembiraan dan keseronokan, iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Shaykh Dr. Muḥammad ‘Abdullāh Dirāz, di dalam karangan beliau ini, mensyarahkan tentang falsafah dan maqasid Hari Raya, untuk kita sama-sama hayati. Karangan beliau selalunya tidak mengecewakan.

Hari raya yang kita raikan ini adakah benar-benar hari yang penuh kegembiraan dan keriangan? Beliau mengetuk hati-hati kita, dengan mengatakan bahawa bagaimana mungkin hari raya ini mampu menjadi hari riang gembira bagi orang yang memandang jijik kepada orang-orang yang ditimpa kesusahan hidup, serta pendengarannya merasa sakit saat mendengar suara orang-orang yang meminta dan mengemis, dan hatinya juga merasa tidak selesa saat mendengar aduan dan rayuan orang-orang yang datang mengadu dan merayu bantuan daripadanya?

Banyak lagi perkara yang beliau mengajak kita bermuhasabah, bagi memahami dengan sebenar-benarnya falsafah dan maqasid Hari Raya. Hari Raya bukan hari sekadar meraikan keseronokan biasa, tetapi ada makna dan tujuan di sebaliknya. Ia bukan hanya terkandung unsur kerohanian dan unsur kebendaan yang bermanfaat, tetapi Islam menguatkan lagi dengan unsur ketiga yang merupakan unsur yang paling kuat dan disukai iaitu unsur kemasyarakatan yang menjadikan umat sebagai jasad yang satu.

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.

Selamat membaca dan menghayati! Moga-moga e-buku ini dapat mengetuk hati-hati kita untuk memahami falsafah sebenar Hari Raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan dari pasukan penerbitan ABIM PRESS.
TaqabbalĀllāhu minnā wa minkum!! 

Post a Comment

0 Comments