Klik Pautan Di Atas Untuk E-Book
PUNCA KEROSAKAN FAḌĪLAH Oleh: Miskawayh (w. 421H) Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
E-Buku percuma untuk sebaran.
Istilah Faḍīlah dan sa‘ādah adalah dua istilah yang tidak asing dalam wacana falsafah Islam. Di dalam falsafah Yunani, kedua-duanya disebut sebagai Arete dan Eudaimonia.
Faḍīlah dan sa‘ādah di sini dimaksudkan dengan kemuliaan dan kebahagiaan. Judul ini dikarang 1000 tahun yang lalu, oleh seorang filsuf Islam yang tidak asing lagi, iaitu Miskawayh, dan teks ini diambil dari salah satu fasal dalam kitabnya Tahdhīb al-Akhlāq, yang dikhususkan untuk membincangkan punca-punca kerosakan faḍīlah (arete) dalam diri seseorang itu.
Beliau merumuskan bahawa antara punca kerosakan faḍīlah ialah kerana kekurangan yang ṭabī‘ī pada manusia yang hidup dalam perubahan demi perubahan, dan tidak kekal. Justeru, ia memerlukan kepada kerajinan dan kesungguhan untuk pemuliharaan (conservation) yang berterusan, sekiranya seseorang itu sudah memperolehi faḍīlahnya dan mencapai sa‘ādahnya (eudaimonia). Beliau menekankan aspek kehidupan bertamadun sebagai syarat untuk mencapai sa‘ādah.
Teks ini ringkas, tetapi memerlukan penghayatan yang tinggi. Ia berbaloi untuk dibaca. Disisipkan juga di dalam e-buku ini, rajah pembahagian Faḍīlah menurut al-Ījī raḥimahullāh ta‘ālā dalam Ringkasan Ilmu Akhlak (ABIM Press, 2018). Ilustrasi tersebut daripada Shaykh Nizār Ḥammādī ḥafiẓahullāh, dan turut disisipkan bingkisan ringkas tentang eudaimonia dan arete dalam falsafah Islam dikarang penterjemah.
E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma agar kita sama-sama dapat membacanya serta menghayatinya.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.
Selamat membaca dan merenung! |
Post a Comment
0 Comments