Ramadhan
MARḤABAN YĀ RAMAḌĀN!
Oleh: Dr. Muḥammad ʿAbdullāh Dirāz
Penterjemah: Syah Nazrin
E-Buku percuma untuk sebaran.
Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, kami mengusahakan penerbitan untuk bacaan dan renungan kita bersama, agar kita lebih bersemangat menghadapi bulan mulia yang terlalu banyak keutamaan dan fadilat.
Marḥaban Yā Ramaḍān ini adalah merupakan karangan dan olahan seorang tokoh ilmuwan terkemuka, iaitu Dr. Muḥammad ‘Abdullāh Dirāz raḥimahullāh. Beliau antara yang digelar sebagai salah seorang intelektual muslim terbaik abad ke-20 oleh Dr. Muḥammad bin al-Mukhtār al-Shinqītī.
Bertemu kembali Ramaḍān adalah peluang keemasan yang amat rugi untuk dilepaskan. Ia adalah musim ibadah utama yang dikejar oleh umat Islam. Sepertimana kata Dr. Muḥammad ʿAbdullāh Dirāz, Ramaḍān adalah musim bunga bagi jiwa. “Bukankah kamu tahu tentang fenomena musim tertentu yang begitu menyuburkan, sehingga pepohonan mengeluarkan dedaunan serta bungaannya, tanah menjadi subur dan biji benih berkembang biak dengan begitu banyak sehingga mengeluarkan hasilnya dua kali ganda atau bahkan berkali-kali ganda! Sungguh, ia adalah musim bunga! Orang-orang yang bercucuk tanam ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu masa yang paling sesuai untuk mencampak dan menanamkan benih-benih tanaman mereka. Begitulah Ramaḍān. Ia adalah musim bunga bagi jiwa. Segala yang dapat mendekatkan diri kepada kebaikan akan berkembang biak dan bertambah dengan subur. Puasanya, bangun malamnya, sedekahnya, ibadah siangnya, semuanya diberkati dengan gandaan pahala. Bahkan memadailah dengan malam al-Qadr (Laylatul Qadr) yang terkandung di dalamnya.”
Marḥaban Yā Ramaḍān!
Marḥaban Yā Ramaḍān!
Marḥaban Yā Ramaḍān!
Bagi menambah semangat kita menyambut Ramaḍān, tuan-tuan dan puan-puan dijemput memuatturun buku Marḥaban Yā Ramaḍān! ini secara percuma melalui pautan diatas
E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma agar kita sama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta merenunginya.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.
Selamat membaca dan merenung! Moga-moga kita dapat bertemu Ramadan kali ini, dan Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita. Amin!
Post a Comment
0 Comments