AL-SUKR (MABUK) DAN IMPLIKASINYA

 

Klik Pautan Di Atas Untuk Memuat Naik E-Book

AL-SUKR (MABUK) DAN IMPLIKASINYA
Oleh: Muḥammad bin Zakariyyā al-Rāzī (w. 311H)
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

E-Buku percuma untuk sebaran.

Mabuk bukanlah suatu masalah yang baru berlaku pada zaman moden ini, bahkan ia adalah merupakan masalah yang sudah lama berakar dalam masyarakat, baik dalam masyarakat jahiliah, juga ia wujud zaman keemasan Islam, termasuk dalam golongan elitis di Baghdad suatu ketika dahulu, yang menjentik naluri seorang filsuf Islam yang terkenal, yang juga seorang doktor dan polymath, iaitu Muḥammad bin Zakariyyā al-Rāzī untuk menulis tentang permasalahan ini.

Situasi yang berlaku di tempatnya bertugas itu, menyebabkan beliau mengupas ketagihan yang diakibatkan oleh mabuk ini, dengan analisis yang halus dan tepat. Selaku seorang doktor, menerangkan mudarat mabuk ini daripada aspek kesihatan jasmani dan rohani.

Banyak poin menarik yang ditulis beliau dalam karangan ringkas ini, untuk kita perhalusinya.

E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan percuma agar lebih ramai dapat membacanya, merenunginya serta menghayatinya.

E-buku ini juga boleh dikongsi kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.

Selamat membaca!



Post a Comment

0 Comments