Mohammad Syafiq Ismail
KANAK-KANAK: SEBIDANG KAIN PUTIH
Klik Link Atas Untuk Download E-Book
KANAK-KANAK: SEBIDANG KAIN PUTIH
Oleh: Shaykh Muḥammad al-Musayyar raḥimahullāh
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
E-Buku percuma untuk sebaran.
“Tiadalah satupun daripada anak yang dilahirkan itu, melainkan dia dilahirkan dalam fitrah. Akan tetapi, kedua ibubapanyalah yang menjadikannya yahudi, kristian, atau majusi.”
Hadis ini diungkapkan Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bagi memberi isyarat kepada kita tentang hakikat kanak-kanak bahawa kanak-kanak adalah bersih, suci, seperti kain putih, dan ia akan diwarnai dan dibentuk oleh persekitarannya. Justeru, ia adalah amanah kepada kedua ibu bapanya agar membentuknya dan mencorakkannya.
E-buku kali ini kami mempersembahkan bahan bacaan bertemakan kanak-kanak atas rasa kepentingannya untuk dihayati umat ini. buku ini adalah karangan Shaykh Muḥammad al-Musayyar raḥimahullāh yang baik untuk dihayati oleh para ibu bapa sekalian, agar kita menginsafi kurniaan Allah kepada kita berupa anak-anak untuk kita mencorakkannya dengan baik, bukannya mengabaikan mereka, apatah lagi dewasa ini ada kedengaran kes ibu bapa mendera mereka sehingga ada yang meragut nyawa mereka.
E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma agar kita sama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta merenunginya.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.
Selamat membaca dan menghayati!

Post a Comment
0 Comments