BAGAIMANAKAH CARANYA MEMBACA AL-QUR’AN

 


Klik Link Diatas Untuk Download E-Book


BAGAIMANAKAH CARANYA MEMBACA AL-QUR’AN
Oleh: Alija Izetbegovic (1925-2003)
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

E-Buku percuma untuk sebaran.
Assalamualaikum wbt.

Kami mempersembahkan sebuah lagi judul karangan Alija Izetbegovic, Presiden Pertama negara Bosnia & Herzegovina yang merdeka. Beliau bukan sahaja pemimpin biasa, bahkan beliau adalah salah seorang pemikir Muslim yang masyhur, yang disifatkan oleh Prof. Dr. Muhammad bin al-Mukhtār al-Shinqīṭī, sebagai salah seorang Intelektual Muslim terbaik abad ke-20.

Judul ini “bagaimanakah caranya membaca al-Qur’an” adalah satu lagi judul yang mendalam pengertiannya buat dihayati oleh kaum Muslimin, yang dikarang Alija Izetbegovic untuk memberikan peringatan kepada kita kaum muslimin tentang ciri al-Qur’ān sebagai sebuah kitab yang memberikan panduan.

Al-Quran adalah mukjizat agung yang tidak terhenti keajaibannya. Sesiapa yang menghayati dan merenunginya akan mendapat menemukan keajaibannya dan sesiapa yang meninggalkannya tidaklah dia menemuinya. Sepertimana kata Alija Izetbegovic, membaca al-Qur’ān itu umpama berkelana mengembara ke tanah yang sudah diketahui dan tanah yang belum pernah diteroka lagi. Dua orang melalui jalan yang sama. Salah seorangnya menghayatinya, sementara yang satu lagi merasakan seumpama dia berjalan melintasinya dengan mata tertutup. Maka, hal itu kembali kepada mereka, bukannya kepada sekeliling ataupun kota-kota yang mereka terokai. Demikian jugalah, semua orang akan menemukan nilai diri mereka sendiri, di dalam al-Qur’ān.

E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma agar kita sama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta merenunginya.

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.

Selamat membaca dan menghayati! 



Post a Comment

0 Comments