Mohammad Syafiq Ismail
WARKAH BUAT PEJUANG: Wasiat Terakhir Imām al-Shahīd Ḥasan al-Bannā Raḥimahullāh
Klik Link Atas Untuk Download E-Book
WARKAH BUAT PEJUANG: Wasiat Terakhir Imām al-Shahīd Ḥasan al-Bannā Raḥimahullāh
Oleh: Imām al-Shahīd Ḥasan al-Bannā (w. 1949M)
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
E-Buku percuma untuk sebaran.
Serangan terhadap Ikhwanul Muslimin baru-baru ini atas gelaran sebagai pengganas dan sesat daripada ajaran Islam, telah menyebabkan dunia kembali memberikan perhatian kepada kumpulan ini, untuk meneliti manhaj mereka apakah manhaj keganasan atau kesederhanaan?
E-Buku kali ini kami membawakan suatu nasihat daripada pengasasnya, iaitu Imām al-Shahīd Ḥasan al-Bannā, yang dititipkan beliau sebelum peristiwa keshahidan beliau, buat Ikhwan al-Muslimin, dan titipan ini disiarkan dalam majalah al-Mabahith.
Nasihat-nasihat yang dititipkan beliau ini menggambarkan pemikiran beliau sebagai seorang pemimpin gerakan Islam yang berkaliber dalam membangkitkan kesedaran umat ini, dari konteks kesatuan muslimin, konteks dakwah amar makruf nahi mungkar, sehinggalah kepada perkara yang dianggap kecil oleh kaum muslimin iaitu konteks kesucian dan kebersihan.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.
Selamat membaca dan menghayati!
Post a Comment
0 Comments