SEPI KERINDUAN DI PERANTAUN: Sebuah Antologi Sastera

 

Klik Link Atas Untuk Download E-Book

SEPI KERINDUAN DI PERANTAUN: Sebuah Antologi Sastera
Oleh: Al-Jāḥiẓ
Penterjemah: Syah Nazrin
E-Buku percuma untuk sebaran.
Assalamualaikum wbt.
PKPB yang dilaksanakan di hampir seluruh negara telah menjejaskan terlalu ramai dari kalangan kita. Antara aspek yang terkesan adalah aspek emosi yang mana kita dapat menyaksikan berapa ramai antara kita yang terpaksa berjauhan dan terpisah dari insan tersayang, berapa ramai antara kita juga yang terpaksa redha dengan pembatasan aktiviti sosial akibatnya tidak dapat bertemu rakan2 dan sebagainya.
Bersempena itu, kami terbitkan e-buku, khusus berkaitan dengan emosi keterasingan para perantau, dan dinamakan terjemahan ringkasan ini oleh penterjemahnya dengan judul, Ikhbār al-Akhyār bi Akhbār Ghurabā’ al-Diyār: Sepi Kerinduan Di Perantauan: Sebuah Antologi Sastera.
Kitab ni adalah karangan Imām al-Jāḥiẓ raḥimahullāh, seorang ulama sangat terkenal dengan kecintaannya terhadap ilmu. Juga kami lampirkan di sini sisipan makalah karangan Nuriddeen Knight yang menginspirasikan, dari kisah kehidupan Ummu Salamah raḍiyallāhu ‘anhā.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.
Selamat membaca dan menghayati!
Moga-moga Allah segera melepaskan kita dari musibah COVID-19, dan dapat mengembalikan kehidupan kita seperti sedia kala.
Amin!




Post a Comment

0 Comments