AMANAT BUAT ‘YANG ARIF’

 


Klik Link Diatas Untuk Download E-Book


AMANAT BUAT ‘YANG ARIF’
Oleh: Imām Ibn Daqīq al-ʿĪd
Penterjemah: Syah Nazrin

E-Buku percuma untuk sebaran.

Amanat Imām Ibn Daqīq al-ʿĪd ini, walaupun ditujukan buat para hakim, tetapi kandungan amanat ini amat penting untuk kami persembahkan dalam bentuk e-buku, sebagai amanat yang amat bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang memegang amanah rakyat, termasuklah para pemimpin dari segenap lapisan masyarakat.

Membaca amanat ini amat memberikan keinsafan kepada kita. Amanat ini dikarang pada tahun 695H, oleh seorang ulama besar, Imām Ibn Daqīq al-ʿĪd, yang sangat tidak asing dalam dunia kesarjanaan Islam. Amanat ini dikarang beliau saat beliau menjawat jawatan selaku Qāḍī al-Quḍāh (Ketua Hakim Negara) di Mesir pada era pemerintahan Dinasti Mamluk.

Antara intipati nasihat beliau adalah supaya para hakim di bawah tanggungjawab beliau, (boleh juga buat para pemerintah, dan pemimpin) agar menjalankan tugas dengan sifat taqwa, wara‘, penuh amanah, jujur, dedikasi serta akauntabiliti kepada Allāh dan rakyat.

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati! 

Post a Comment

0 Comments