Syah Nazrin
TANGGUNGJAWAB TERHADAP AL-QUR’AN
![]() |
Klik Link Diatas Untuk Download E-Book |
TANGGUNGJAWAB TERHADAP AL-QUR’AN
Oleh: Shaykh Dr. Faḍl Ḥasan ‘Abbās
Penterjemah: Syah Nazrin
E-Buku percuma untuk sebaran.
Sesungguhnya antara sebesar-besar nikmat Allāh Ta‘ālā adalah al-Qur’ān al-Karīm. Ia merupakan sebuah kitab yang mengandungi pelbagai keajaiban yang tidak putus-putus, tidak akan terpadam cahayanya, serta tidak pernah lapuk walau ramai orang yang menolaknya. Bahkan, ia sentiasa segar dan relevan. Semakin diulang baca dan dikaji, semakin bertambah rasa kemanisannya. Semakin masa berlalu dan beredar, semakin nyata menyinar dan memperkukuh keimanan serta kefahaman.
Edisi E-buku kali ini kami mempersembahkan judul “Tanggungjawab Kepada Al-Qur’ān” karangan asal Shaykh Dr. Faḍl Ḥasan ‘Abbās, yang mana beliau memjelaskan kepada kita berkenaan dua tanggungjawab dan kewajipan utama kita semua terhadap al-Qur’ān, iaitu tanggungjawab tilāwah (membaca al-Qur’ān), dan juga tanggungjawab tadabbur (memahami, menghayati, merenung dan mengkaji al- Qur’ān).
Risalah yang ringkas ini amat bermakna untuk kita renungi dan hayatinya, agar kita dapat menambahkan kefahaman kita terhadap ayat-ayat Allah, dengan mentadabbur al-Qur’ān dengan baik dan berdasarkan kaedah-kaedah yang betul. Kefahaman yang baik akan isi kandungan al-Qur’ān mampu mengubah diri kita sepertimana al-Qur’ān mengubah bangsa Arab ketika zaman Nabi dan seterusnya berkembang sehingga ke hari ini.
E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma agar kita sama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya.
Post a Comment
0 Comments