Mohammad Syafiq Ismail
RISALAH HAKIKAT ZIKIR
![]() |
Klik Link Diatas Untuk Download E-Book |
RISALAH HAKIKAT ZIKIR
Oleh: Ibn Sīnā Raḥimahullāh (w. 428H)
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
E-Buku percuma untuk sebaran.
Assalamualaikum wbt.
Siapakah yang tidak kenal dengan nama Ibn Sina? Seorang ilmuwan agung zaman kegemilangan ilmu Islam suatu ketika dahulu, terkenal dengan karya agungnya dalam bidang perubatan iaitu al-Qānūn fī al-Ṭibb, selain turut dikenali di dunia Timur dan Barat dalam bidang Falsafah.
Edisi kali ini kami mempersembahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan, sisi Ibn Sīnā yang lain daripada bidang Falsafah dan Perubatan, iaitu sisi sufi dan maqasidi beliau, melalui karyanya Risālah fī al-Ḥath ‘alā al-Dhikr, yang kami judulkan sebagai “Risalah Hakikat Zikir.”
Risalah yang ringkas ini amat bermakna untuk kita renungi dan hayatinya, berkenaan dengan hakikat zikir. Kata Ibn Sīnā di dalam muqaddimah risalah ini, untuk seseorang mencapai ke martabat al-Wāṣilīn (mereka yang sampai kepadaNya), maka hendaklah dia menggunakan senjata – yakni Dhikrullāh Ta‘ālā – untuk menghancurkan segala belenggu nafsu, dan membangunkan hatinya daripada kantuknya orang-orang lalai. Seterusnya bagaimakah?
E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma agar kita sama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.
Selamat membaca dan menghayati!
Post a Comment
0 Comments