Syah Nazrin
PERJALANAN MENUJU ALLAH DAN NEGERI AKHIRAT
PERJALANAN MENUJU ALLAH DAN NEGERI AKHIRAT
Oleh: ʿAllāmah ʿAbdul Raḥmān bin Nāṣir al-Saʿdī
Penterjemah: Syah Nazrin
E-Buku percuma untuk sebaran.
Assalamualaikum wbt.
Manusia sesungguhnya akan menuju ke suatu destinasi yang kekal abadi, iaitu Negeri Akhirat. Para sā’ir (orang-orang yang mendaki dan melalui perjalanan kerohanian menuju Allāh) telah melalui tahap-tahap dan tingkatan-tingkatan bagi tujuan membawanya menuju Allāh.
Sebagai panduan kepada kita semua tentang bagaimana mendaki dan melalui perjalanan ke destinasi abadi tersebut sepertimana yang dilalui oleh para sā’ir sebelum kita, kami usahakan penerbitan e-buku yang bermanfaat sebagai bacaan kita semua yang berjudul “Perjalanan Menuju Allah dan Negeri Akhirat” karangan ʿAllāmah ʿAbdul Raḥmān bin Nāṣir al-Saʿdī. Beliau menunjukkan jalan atau stesen penyucian hati sementara untuk kita sampai ke destinasi utama seperti ikhlas, sabar, redha, tawakkal dan lain-lain lagi seperti yang terkandung di dalam buku ini.
E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma supaya kita bersama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat. Moga-moga kita tergolong dalam golongan orang yang beruntung dalam pendakian kita menuju Allah Ta’ala dan Negeri Akhirat yang kekal abadi. Selamat membaca dan merenung!
Post a Comment
0 Comments