Mohammad Syafiq Ismail
MAQĀṢID SELAWAT
![]() |
Klik Link Diatas Untuk Download E-Book |
MAQĀṢID SELAWAT
Oleh: Al-Ḥāfiẓ Shamsuddīn Muḥammad bin ‘Abd al-Raḥman al-Sakhāwī (w. 902H)
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
E-Buku percuma untuk sebaran.
Assalamualaikum wbt.
Bersempena dengan hari Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awwal, yang bakal tiba tidak lama lagi, kami dengan rasa sukacita berkongsi E-buku Maqasid Selawat untuk sebaran percuma, supaya kita lebih bersemangat menghayati dan meraikan hari kelahiran insan agung, yang kita semua kasihi. Maqasid Selawat ini dikarang oleh al-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Abd al-Rahman al-Sakhawi, seorang ulama yang tidak asing lagi dalam dunia kesarjanaan Islam.
Elok juga sekiranya E-buku ini dapat dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Moga-moga kita semua tergolong dari golongan yang dicintai Allah dan Nabi.
Amin!
Post a Comment
0 Comments