KETIKA ISLAM BERUBAH MENJADI ALAT POLITIK


Klik Link Diatas Untuk Download E-Book

KETIKA ISLAM BERUBAH MENJADI ALAT POLITIK
Oleh: Shaykh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti (w. 2013M)
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
E-Buku percuma untuk sebaran.
Assalamualaikum wbt.
Islam telah menjadi KHADAM kepada sesetengah “islamiyyin” (golongan islamis), lalu ditungganginya menjadi tangga atau wasilah bagi mencapai tujuan politik. Perkara ini dikritik keras oleh ulama yang tidak asing lagi, iaitu Shaykh Dr. Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti rahimahullahu ta’ala. Beliau bukan hanya mendakwa agama ini telah dijadikan khadam, bahkan agama ini menjadi lebih hina daripada khadam agar para islamis ini dapat sampai kepada tujuan-tujuan politik mereka yang pelbagai.
Kami berbesar hati untuk menterjemahkan kalam al-Buti ini dan menyebarkannya sebagai bahan bacaan percuma agar kita boleh merenunginya. Perkara ini adalah suatu yang serius untuk kita bersama-sama muhasabah diri kita, dan perbetulkan.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.
Selamat membaca dan merenung!



Post a Comment

0 Comments