Mohammad Syafiq Ismail
KEMBALI KEPADA MUHAMMAD
Klik Link Atas Untuk Download E-Book
Oleh: Ibn Bādīs Raḥimahullāh
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
E-Buku percuma untuk sebaran.
Assalamualaikum wbt.
Kami berbesar hati menghadiahkan satu lagi bahan bacaan yang bermanfaat sebagai penghayatan bersempena hari dan bulan kelahiran insan agung yang kita kasihi iaitu Muḥammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.
E-buku kali ini adalah hasil karangan Ibn Bādīs Raḥimahullāh, seorang pejuang kemerdekaan dan reformis Algeria. Karangan beliau ini adalah berjudul, Ilā Muḥammad, yang kami terjemahkan sebagai Kembali kepada Muḥammad.
Karangan beliau ini sungguh baik untuk mengajak kita bersama-sama mengenang kehidupan Nabi yang mulia ini. Baginda diutuskan Allah untuk mengeluarkan kita daripada kegelapan kepada cahaya, dan bagindalah yang telah menjadikan kita sebaik-baik umat yang dikeluarkan buat manusia, selama mana kalian melaksanakan amar makruf nahi mungkar, dan kalian beriman kepada Allāh.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.
Selamat membaca dan menghayati! Bak kata Ibn Bādīs Raḥimahullāh di dalam bukunya ini, moga-moga kita dapat kembali kepada usul yang telah diajarkan oleh lelaki ini, Muḥammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.
Post a Comment
0 Comments