KEBEBASAN BERSUARA: PERATURAN DAN KAWALAN

 

Klik Link Di Atas Untuk Download E-Book


KEBEBASAN BERSUARA: PERATURAN DAN KAWALAN

Oleh: Shaykh Dr. Aḥmad al-Raysūnī

Penterjemah: Mohd Khairul Anwar Ismail

E-Buku percuma untuk sebaran.

Memandangkan banyak isu yang bersangkutan dengan pengamalan kebebasan suara yang berleluasa ketika in, kami terbitkan sebuah e-buku yang berjudul Kebebasan Bersuara: Peraturan dan Kawalan, yang dikarang oleh Shaykh Dr. Aḥmad al-Raysūnī, Ketua Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (al-Ittiḥād al-‘Ālamī li ‘Ulamā’ al- Muslimīn).

Tajuk asal karangan beliau ini adalah Ḍawābit Ḥurriyyah al-Ta‘bīr, menjawab persoalan, Benarkah kebebasan bersuara tiada had dan batasan?

Apa yang berlaku di Perancis ketika ini iaitu penghinaan kepada Nabi Muḥammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam oleh Charlie Hebdo dianggap sebagai kebebasan bersuara oleh Presiden Perancis, adalah suatu yang menyedihkan, dan keterlaluan, dan dihalalkan atas nama kebebasan bersuara.

Islam, sungguh cantik, dalam meletakkan peraturan dalam kebebasan, telah menghalang segala bentuk perbuatan mempersendakan dan meremehkan agama, bahkan segala bentuk penghinaan, cacian, makian, tohmahan, sangka-sangkaan, bukanlah dinamakan kebebasan.

Penjelasan Shaykh al-Raysūnī tentang perkara kebebasan bersuara ini boleh dibaca, dengan memuatturun e-buku melalui pautan di bio dan pilih E-Book

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati!



Post a Comment

0 Comments