IBRAH SIRAH DALAM SURAH AL-INSHIRAH

 

Klik Link Diatas Untuk Download E-Book


IBRAH SIRAH DALAM SURAH AL-INSHIRAH

Oleh: Mawlānā Abū al-Ḥasan ‘Alī al-Ḥasanī al-Nadwī
Penterjemah: Syah Nazrin

E-Buku percuma untuk sebaran.

Masih lagi bersempena dengan bulan Mawlid, kami menambahkan lagi bahan bacaan dalam bentuk e-buku untuk bersama-sama kita menghayati hari kebesaran bersempena kelahiran insan agung pada 12 Rabiul Awwal tidak lama lagi.

Judul e-buku kali ini mengajak kita bersama-sama mentadabbur dan merenung ayat-ayat dalam Sūrah al-Inshirah, khususnya menerusi kaca mata Sīrah Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, yang terkandung di dalamnya pelbagai ibrah daripada rangkuman segala peristiwa yang berlaku dalam perjalanan hidup baginda, melalui karangan ulama yang tidak asing lagi iaitu Mawlānā Abū al-Ḥasan ‘Alī al-Ḥasanī al-Nadwī. Karangan asal beliau adalah bertajuk Khulāṣah Wāfiyah wa ‘Araḍ Jamīl li al-Sīrah al-Nabawiyyah al-Ṭāhirah fī Sūrah al-Inshirah, yang kami judulkan ke dalam bahasa Melayu sebagai Ibrah Sirah Dalam Surah al-Inshirah.

Elok juga sekiranya E-buku ini dapat dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya, sebagai penghayatan untuk kita meraikan hari dan bulan bersejarah bersempena kelahiran kekasih hati kita Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam. 





Post a Comment

0 Comments