IBRAH KISAH HIJRAH

 

Klik Link Diatas Untuk Download E-Book



IBRAH KISAH HIJRAH
Oleh: Shaykh Dr. Rāghib al-Sirjānī
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
E-Buku percuma untuk sebaran.
Assalamualaikum wbt.
Bulan Muharram ini adalah sinonim kepada pengetahuan kita sebagai bulan Hijrah. Peristiwa ini, Rasulullah dan para sahabat, atas perintah Allāh Ta‘ālā, berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah, yang mana dalam kisah Hijrah suci baginda ini mempunyai pelbagai pengajaran yang tak terkira banyaknya.
Elok sekali sekiranya kita menyambut bulan ini dengan mentadabburinya yakni menghayati ibrah peristiwa ini di mana banyak manfaat yang boleh kita dapati daripadanya. Justeru, kami berbesar hati mengusahakan bahan bacaan ringkas dan bermanfaat untuk kita semua, daripada karya karangan Shaykh Dr. Rāghib al-Sirjānī, yang kami judulkan sebagai IBRAH KISAH HIJRAH.
Karya ini bermanfaat, di mana Shaykh memberikan 10 Ibrah (hakikatnya tidak terkira banyaknya ibrah yang mustahil untuk dituliskan semuanya), dan mensyarahkannya buat kita merenunginya dan menginsafi akan pengajaran yang kita bakal peroleh daripadanya.
E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma agar kita sama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat. Selamat membaca dan mengambil iktibar daripadanya!

Post a Comment

0 Comments