Syah Nazrin
DUHAI RASŪLULLĀH!
![]() |
Klik Link Diatas Untuk Download E-Book |
DUHAI RASŪLULLĀH!
Oleh: Shaykh ‘Alī al-Ṭanṭāwī
Penterjemah: Syah Nazrin
E-Buku percuma untuk sebaran.
Selamat Datang Rabī‘ul Awwal!
Rabī‘ul Awwal adalah bulan istimewa. Bulan kelahiran insan agung, Nabi Muḥammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.
Rabī‘ul Awwal adalah bulan yang membawa kebaikan dan kegembiraan yang paling agung dalam sejarah kemanusiaan.
Malam 12 Rabī‘ul Awwal adalah malam kelahiranmu duhai Rasūlullāh. Dikau datang membawa rahmat, dan rahmat itu tersebar ke seluruh alam. Kaum Muslimin meraikan bulan ini, dan hari bersejarah dalam bulan ini, demi memperingatimu duhai Rasūlullāh!
Dalam kita menghayati dan meraikan hari bersejarah ini, eloklah kiranya kita bersama-sama bermuhasabah akan keadaan diri kita dan umat ini selepas 1400 tahun kelahiran baginda. Kami bawakan terjemahan risalah yang bermakna ini, yang dikarang oleh ulama yang sangat tidak asing dalam dunia keilmuwan Islam, iaitu Shaykh ‘Alī al-Ṭanṭāwī. Karangan asal beliau ini adalah bertajuk Yā Sayyidī Yā Rasūlallāh, yang kami judulkan sebagai duhai Rasūlullāh!
Karangan ini kami terbitkan dalam bentuk e-buku yang diedarkan secara percuma, yang boleh dimuatturun melalui pautan di link atas .
Eloklah kita membacanya dengan penuh penghayatan, sebagai persediaan kita menyambut hari Mawlidurrasūl yang bakal tiba beberapa hari lagi.
Dan elok jugalah E-buku ini dapat dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat daripadanya.
Moga-moga hasil muhasabah ini, kita dapat menjadi muslim yang sebenar-benarnya, yang diredai Allah dan Rasulnya Muḥammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.
Selawat dan salam ke atasmu, duhai pemimpin agung kami, Rasūlullāh!
Post a Comment
0 Comments