10 PESAN BUAT BUAT PENGAMAL POLITIK ISLAM

 


Klik Link Diatas Untuk Download E-Book

10 PESAN BUAT BUAT PENGAMAL POLITIK ISLAM
Oleh: : Shaykh ‘Abd al-Raḥman ‘Abd al-Khāliq
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
E-Buku percuma untuk sebaran.
Kekusutan politik dinihari menyebabkan berlakunya defisit kepercayaan rakyat kepada politik dan para politikus. Edisi e-buku kali ini kami mempersembahkan sebuah judul yang bergenre “siyasah” yang dikarang seorang ulama yang baru sahaja meninggalkan kita menujuk ke negeri abadi, iaitu Shaykh ‘Abd al-Raḥman ‘Abd al-Khāliq. Karangan beliau ini mengandungi pesan-pesan berguna buat pengamal politik Islam.
Politik itu tidaklah kotor, terapi orang-orang politiklah yang mengotorkannya. Shaykh di dalam karyanya ini memberikan pesanan berlandaskan prinsip-prinsip Islam, dan amalan Rasulullah, yang merupakan contoh teladan agung buat umat ini.

E-buku ini kami sebarkannya secara percuma agar semua daripada kita dapat manfaat daripadanya, baik untuk manfaat para politikus, ataupun rakyat keseluruhannya, yang sentiasa memerhati gelagat para politikus, dan agar kita mampu menjadi “check and balance”, untuk memilih dan memperbetulkan pemimpin-pemimpin kita supaya berprinsip dengan prinsip Islam.
E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.
Selamat membaca dan menghayati!



Post a Comment

0 Comments